MUKJIZAT AL-QURAN-FUNGSI GUNUNG-GANANG
Di dalam al-Quran Allah telah menjelaskan bahawa semua ciptaaNya tidak dijadikan dengan sia-sia tanpa sebarang fungsi. Firman Allah :
Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main (sia-sia) (al-Anbiya’[21:16]).
Bumi
yang luas terbentang mempunyai berbagai-bagai komponen utama yang
tambah menyempurnakan susun atur alam ini. Di antara komponen yang
penting kepada kewujudan alam ini ialah bentuk muka bumi yang
berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Tidak dapat dinafikan, kewujudan
bukit-bukau dan gunung-ganang di serata dunia mempunyai fungsinya yang
tertentu kepada kestabilan alam. Di antara fungsi segala bukit bukau dan
gunung-ganang ini ialah sebagai penstabil bumi daripada sebarang
gegaran.
Oleh sebab itu, para ahli kaji bumi dan ahli geologi menyarankan agar bukit-bukau serta gunung-ganang tidak diusik demi untuk menjaga kestabilan ekosistem alam. Tragedi yang berlaku di serta tempat seperti peristiwa runtuhan yang berlaku di kawasan Hulu kelang akhir-akhir ini adalah bukti kederhakaan manusia kepada fungsi bukit-bukau serta gunung-ganang. Keghairahan mengejar kemajuan serta membuat pembangunan tanpa mengambil kira susun atur ekosistem alam telah mengundang berbaga-bagai bencana alam.
Disebabkan faktor ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menetapkan garis panduan khusus yang mesti dipatuhi tentang projek pembangunan di kawasan tanah tinggi yang berisiko. Langkah ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan alam dan kesinambungan kehidupan manusia.
Ketika membicarakan tentang fungsi alam ciptaan Allah, al-Quran yang diturunkan semenjak 1400 tahun dahulu telah sedia menjelaskan fungsi kewujudan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai pasak dan penstabil bumi daripada gegaran. Firman Allah:
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (al-Naba’[78:6-7]).
Allah juga berfirman :
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (al-Nahl[16:15]).
Juga firman Allah :
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’[21:31]).
Fakta yang terkandung di dalam ayat-ayat di atas ternyata bertepatan dengan ilmu geologi moden yang mengakui kepentingan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai faktor pasak atau penstabil bumi daripada sebarang gegaran, tanah runtuh dan gempa bumi. Selain itu penemuan baru para saintis di bidang geologi dan kaji bumi juga mendapati bahawa bukit-bukau dan gunung-ganang sememangnya mempunyai akar yang jauh lebih dalam ke dasar bumi berbanding dengan puncaknya. Ini dijelaskan oleh Raymond Siever,seorang tokong kaji bumi yang tersohor di dunia.

Oleh itu apabila bukit-bukau serta gunung-ganang semakin banyak digondol
serta ditarah untuk tujuan pembangunan, maka kestabilan tanah akan
terancam dan semakin banyak bencana alam seperti gempa bumi, gegaran dan
tanah runtuh akan berlaku. Ini bertepatan dengan amaran Allah di dalam
firmanNya:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (al-Rum[30:41]).
Contoh mudah yang boleh digunakan untuk memahami konsep ini ialah dengan memberikan contoh sehelai kertas yang diletakkan di atas meja. Kertas tersebut akan senang berterbangan apabila ditiup angin kerana tidak ada paku atau benda-benda berat yang menahannya daripada bergerak. Apabila benda-benda berat yang kita ibaratkan sebagai gunung-ganang diletakkan di atas kertas tersebut, kedudukannya akan bertambah stabil dan sukar diusik oleh angin yang bertiup atau arus air yang mengalir.
Para ulama juga menyokong teori ini dengan perumpamaan seorang nelayan yang berdiri di hujung perahunya yang kosong. Perahu nelayan tersebut sudah pasti akan terjongket, terbalik dan tidak stabil. Oleh itu, untuk menambahkan kestabilan perahu tersebut, nelayan itu perlu meletakkan barang-barang yang berat di dalam perahunya. Barang-barang itu juga boleh diumpamakan seperti bukit-bukau serta gunung-ganang. Setelah diisi dengan barang-barang tersebut, nelayan itu akan dapat berdiri dengan stabil di hujung perahu seperti yang dilakukannya sebelum ini.

No comments:
Post a Comment